This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 4 March 2012

Bidadari.

Bismillahirrahmanirrahim.


Bidadari.Bidadari.Bidadari.

Allah berfirman yang bermaksud, “ Di dalam syurga itu ada bidadari bidadari yang sopan menundukkan pandangannya.” Surah Ar-Rahman :56.

Allah berfirman lagi dalam al-Quran yang bermaksud, “Bidadari bidadari yang jelita,putih bersih dipinggit dalam rumah.” Surah Ar-Rahman:72.

Wahai kaum Hawa yang saya kasihi, pernahkah kalian mendengar mahupun membaca kisah-kisah mengenai bidadari syurga Allah ?

Pernah ?

Apa kah yang kalian bayangkan apabila saya kata cantiknya dia bak bidadari. ?
Apakah yang kalian gambarkan apabila disebut-sebut perkataan bidadari itu?

Bidadari.

Bidadari.

Satu perkataan yang pendek. Ringkas. Namun, bila disebut, manusia menggambarkan, ianya cantik, ianya lembut,ianya indah. Sesuatu yang sangat cantik, bersinar, bercahaya.

Ya. Bidadari itu cantik. Bidadari itu sopan. Buktinya?

 “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari bidadari yang baik lagi cantik-cantik” (Surah Ar-Rahman:70)

“Bidadari-bidadari yang jelita, putih berseri dipingit di dalam rumah” (Surah Ar-Rahman :72)
Jelas bukan?

Sahabat yang dikasihi oleh Allah, kenapa saya ingin anda tahu mengenai bidadari ini, kenapa saya katakan bidadari itu cantik, bidadari itu sopan, lemah lembut.

Kenapa?

Sebabnya, saya ingin diri saya dan anda, wahai kaum hawa yang saya cintai untuk kita sama-sama perbaiki diri kita, menjadi solehah. Menjadi wanita solehah yang Allah rindu.

Menjadi wanita solehah yang dirindui syurga. Menjadi wanita solehah yang dicemburui bidadari syurga.

Wahai kaum hawa, sahabat muslimat, para akhwat yang saya cintai,bidadari itu antara sifatnya mereka cantik dan berakhlak baik. Sopan, lemah lembut sifatnya.

Sekali lagi, saya nyatakan di sini, mengapa saya ingin sahabat muslimat saya tahu mengenai bidadari, sebabnya,saya tahu anda kaum hawa, akan merasa sedikit sebanyak cemburu terhadap para bidadari syurga.

Bila anda rasa cemburu. Rasa keinginan untuk menjadi sebaik bidadari itu pasti ada, walau hanya sekelumit. Maka, bila ada rasa keinginan itu, anda pasti ingin mengorak langkah memperbaiki diri , menjadi yang lebih baik dari bidadari syurga.

Adakah yang lebih baik dari bidadari syurga? Adakah?

Jawapannya, ada wahai sahabat muslimatku, wahai para akhwat ku. Ada.

Siapa dia?


Dia adalah wanita syurga. Wanita syurga.wanita syurga.

Maka siapakah dia wanita syurga itu?

Wanita syurga itu, calon-calonya adalah semua muslimat. Semua akhwat. Termasuk diri saya. Kita semua adalah calon-calon untuk menjadi wanita syurga.

Bagaimana ingin jadi wanita syurga.Jawapan yang ringkas, yang boleh saya simpulkan ialah, ingin menjadi wanita syurga, maka dirinya perlu patuh pada semua perintah Allah, dan tidak melakukan segala perkara yang Allah larang.

Tanya pada diri kita sendiri wahai sahabat. Apakah kita buat segala apa yang Allah suruh dan apakah kita meninggalkan segala apa yang Allah larang? Tepuk dada, Tanya iman.

Akhir kata, perbaiki diri. Ingin menjadi baik memang perlu ada proses tarbiyahnya. Tapi, jangan pernah berputus asa wahai sahabat.

Allah ada. Allah sangat suka bila hamba-hambaNya ingin menjadi solehah mahupun soleh.

Bila rasa lemah saat dalam perjuangan memperbaiki diri, maka pada siapa kita mengadu? Kepada siapa kita meminta kekuatan.

Allah.Allah.Allah.

Kepada Allah, sahabatku. Allah Maha Kuat.Jangan pernah merasa sendiri. Kerna, Allah sentiasa di sisi.
Jangan pernah rasa jauh. Kerna, Allah sentiasa dekat dengan kita.

Jadi, tidak mahukah kalian menjadi wanita syurga yang Allah cinta?

InsyaAllah sahabat, Allah akan bantu. Yakin itu. Itu janji Allah. Jadikan, Siti Khadijah, Fatimah Az-zahra, Sumaiyah, Saidatina Aisyah sebagai contoh buat kita dalam proses menjadikan diri wanita syurga. InsyaAllah.

Waallahualam. Semoga Allah redha.

Friday 17 February 2012

CERPEN :Wudhu'




“Irsyad, anak mama jom dah pukul berapa dah ini ?”
Solehah memandang anaknya, Irsyad yang sedang leka bermanja dengan papa nya. Elok duduk di riba papa nya sambil dipedengarkan dengan sirah Nabi. Irsyad memandang mama nya dengan pandangan manja, matanya sempat melirik wajah papanya. Di tarik-tarik lengan baju papa nya. Matanya terkebil-kebil memandang papa nya.
“Kenapa ? Mama dah panggil, turn Irsyad nak manja dengan mama plak .”   Hakimi tersenyum manis. Kepala anaknya diusap lembut. Mata Irsyad tidak lepas memandang papanya.
“Papa, Irsyad nak dengar lagi cerita.” Hakimi tersenyum. Dilihatnya isteri tercinta mulai mendekatinya bersama senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.
“Sayang, tengok anak awak ini, tak puas bermanja dengan abang.” Irsyad masih setia di riba papanya. Matanya yang bulat dikalihkan ke wajah mama nya.
“Mama, malam ini lambat sikit , boleh? Irsyad nak dengar cerita lagi?”
Solehah menggambil tempat di sebelah suaminya, buku di tangan suaminya diambil.
“Hum, tak boleh sayang, dah waktu anak mama tidur. Nanti, sebelum tidur, mama dengan papa cerita sesuatu yang lagi seronok, nak tak?”
 Irsyad tersengih.
“Betul ini?” Solehah dan Hakimi tersenyum.
“InsyaAllah, betul. Dah , jom ikut mama.”
Irsyad mula bangun dari duduknya. Dia memandang papanya, “Papa, tunggu Irsyad kat bilik.” Hakimi tersenyum melihat keletah anaknya.
“Eh, Irsyad lupa pula,” Irsyad kembali ke tempat papanya. Bibirnya yang comel itu didekatkan dengan telinga papa nya, dia membisikkan sesuatu, “Terima kasih papa.” Terkoyak senyuman diwajahnya. Hakimi tersenyum. Solehah juga. Irsyad telah dibiasakan untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa juga yang memberikannya sesuatu. Dari kecil, Solehah dan Hakimi telah membiasakan dirinya dengan ungkapan terima kasih tanda penghargaan mahupun pengorbanan pada sesorang. Solehah dan Hakimi menjadikannya ia sebagai satu langkah dalam menerapkan akhlaq seorang muslim biarpun anaknya masih kecil.

 "Mama, kenapa mama suruh Irsyad ambil wudhu?” Irsyad memandang wajah mama nya. Dia baharu sahaja usai mengangkat wudhu. Sudah menjadi kebiasaanya untuk mengangkat wudhu sebelum tidur.
“Kenapa sayang?”
“Yelah, Irsyad bukan nak solat pun. Nak tidur dah pun tapi kenapa mama suruh Irsyad ambil wudhu’? Bukan masa solat je ke kita kena ada wudhu. Ha, dengan masa nak baca al-Quran.?”
Solehah senyum. Memandang anaknya yang semakin membesar. Dalam hati dirinya memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan pada dirinya.
“Hum, pandainya anak mama. Ini yang mama sayang lebih ini, dah bijak bertanya,” Solehah tersenyum. Kepala anaknya diusap manja. Kini, dia duduk di sisi anaknya. Lampu tidur dinyalakan.
“Kenapa ye mama suruh Irsyad ambil wudhu’, sebab mama nak jaga kulit anak mama ini.” Solehah berseloroh. Pipi anaknya yang sudah baring dicubit.
“Eh, yeke mama?” Irsyad memandang wajah mama nya dengan pandangan pelik. Tidak yakin dengan jawapan mamanya.
Solehah ketawa kecil. Wajah anaknya dipandang.
“Sebab, itu sunnah Rasulullah sayang, lagi pula bila Irsyad ambil wudhu, Irsyad dalam keadaan yang suci kan?” Irsyad menganggukkan kepala.
“Allah sayangkan hamba-hambaNya yang sentiasa dalam keadaan suci, Allah cinta pada hamba-hambaNya yang sentiasa dalam keadaan suci iaini ada wudhu. Anak mama mesti nak jadi hamba Allah yang Allah sayang dan cinta kan?” Irsyad mengangguk. Senyuman terukir diwajahnya.
“Nak. Irsyad nak jadi hamba Allah yang Allah cinta dan sayang!” Irsyad berkata dengan penuh semangat.
“Amiin. InsyaAllah, mama sentiasa doakan anak mama ini.” Pipi anaknya dikucup mesra. Irsyad tersenyum.
“Amiin. Papa pun.” Hakimi tersenyum. Dia dari tadi mendengar dan memerhati anak dan isteri nya berbual. Hakimi mulai mendekat. Mengambil tempat di sebelah isterinya.
“Irsyad nak tahu tak, Rasulullah kata apabila seseorang itu berwudhu dengan sebaik-baik wudhu, akan keluarlah dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ianya akan keluar dari celah-celah kukunya.” Hakimi mendapatkan tangan anaknya. Dia meramas lembut jari anaknya sambil disentuh lembut kuku anaknya.
Irsyad memandang tangannya yang disentuh papanya.
“Wah, betul ke papa?” Hakimi mengangguk. “Tapi, sayang kena ambil wudhu yang betul.”
“Kalau macam itu, Irsyad nak selalu lah angkat wudhu, biar dosa-dosa Irsyad semua gugur.”
“Alhamdulillah, tapi sayang papa kena ingat, Rasulullah ajar bila kita mengambil wudhu, jangan membazir air. Tadi, papa macam ada ternampak orang itu bukak air besar-besar, sempat lagi main percik-percik air dekat cermin.”Hakimi ketawa kecil. Dicubit manja pipi anaknya.
“Hehehe, papa Nampak eh?” Solehah tersenyum.
“Ha, anak mama ini. Lupa eh dengan apa yang mama pesan sebelum ambil wudhu tadi?” Irsyad tersenyum. Teringat kembali akan pesan mamanya agar tidak membazirkan air. Irsyad memang gemar bermain air. Pantang mama dan papa nya tidak mengawasinya, dia akan mula bermain dengan air.
“Lain kali jangan buat lagi ya. Walaupun mama dengan papa tak Nampak, Allah Nampak.” Solehah tersenyum.
“Minta maaf mama. Minta maaf papa. Irsyad cuba untuk tak buat lagi.” Dia mendapatkan mama dan papanya. Dicium pipi mama dan papanya.
Solehah dan Hakimi tersenyum.
“Ok, mama dengan papa maafkan. Dah, tak mahulah muka sedih ini.” Solehah mengusap lembut pipi anaknya. Si kecil seperti merasa bersalah atas kesilapannya. Irsyad mula tersenyum kembali.
 “Anak mama nak tahu tak orang-orang yang mengambil wudhu ini, di akhirat kelak, wajahnya akan bercahaya.” Solehah tersenyum.
“Cahaya macam cahaya lampu ini mama ?” Isryad menunjukkan lampu tidur yang terletak elok di atas meja berdekatan katilnya.
“Lebih cahaya dari cahaya lampu ini sayang.” Solehah tersenyum. Terbuka sedikit mulut si kecil mendengar bicara mama nya.
“Irsyad, sahabat papa ada kongsikan sesuatu dekat papa, Irsyad nak tahu tak?”
“Nak papa.” Dia tersengih. Matanya terkebil-kebil menanti papanya berbicara.
“Hum, sahabat papa pernah cakap, orang yang ambil wudhu sebelum azan berkumandang, di akhirat nanti, wajah dia bercahaya ibarat matahari.
Bagi mereka yang mengambil wudhu sewaktu azan sedang berkumandang, wajahnya akan bercahaya seperti cahaya bulan purnama dan bagi mereka yang mengambil wudhu selepas azan berkumandang, wajahnya akan bercahaya macam cahaya bintang-bintang.” Irsyad teruja mendengar. Matanya membesar.
“Wah. Hebatnya papa. Muka bercahaya hanya kerana ambil wudhu?” Hakimi dan Solehah menganggukkan kepala.
“Hadiah Allah buat hamba-hambaNya sayang.”
“Baiknya Allah mama. Banyaknya hadiah yang Allah bagi.”
“Sebab itulah kita kena bersyukur, jadi hamba Allah yang baik, sebab bila kita jadi hamba Allah yang baik, ikut perintah Allah, lagi bermacam-macam hadiah Allah akan bagi pada kita.”
Terangguk-angguk Irsyad mendengar papa dan mamanya berbicara.
“Alhamdulillah.” Irsyad tersenyum. Hakimi dan Solehah tersenyum.  
“Alhamdulillah. Ok, time’s up. Sayang papa kena tidur.” Hakimi mengerling jam di pergelangannya.
“Ok papa. Inilah cerita yang papa dan mama kongsikan untuk malam ini?”
“Hum, mungkin.” Hakimi berseloroh. Saja ingin mengusik si kecil yang dilihatnya sudah menggosok-gosok mata. Irsyad sanggap.Tangannya menutup mulut yang terbuka.
“Papa saja jerk nak mainkan Irsyad. Sayang papa dah kurang. Irsyad sayang mama lebih.”Dipeluk tubuh mamanya. Kucupan dihadiahkan buat mama nya di pipi. Solehah tersenyum.
“Ada-ada sahaja anak mama ini. Selamat malam sayang, jangan lupa baca doa sebelum tidur.”
Setelah anaknya membaca doa , Solehah mengucup dahi anaknya. Selimut ditarik, menutup separuh badan anaknya. Dilihat suaminya memperlahankan kelajuan kipas. Peka dengan alahan si kecil. Hakimi turut menghadiahkan kucupan di dahi si kecil.
“Even sayang papa dah kurang sayang kat papa, papa masih sayang lebih lebih kat anak papa yang soleh ini.” Irsyad tersengih, matanya mulai kuyu dan akhirnya pejam. Hakimi senyum. Dilihat isterinya turut tersenyum. Lantas dia mendapatkan isteri tercinta, “Macam papa dia juga. Senang sangat tidur.” Solehah mengusik suaminya. Hakimi tersengih. “Mestilah, anak abang.” Solehah mengeleng-gelengkan kepala. Mereka berdua mula melangkah meninggalkan si kecil tidur.

Rasulullah bersabda mahfumnya, “Bersuci itu sebahagian dari iman.”

nota Kaki : Assalamualaikum, apa yang ingin saya kongsikan melalui cerpen ini adalah istimewanya wudhu' itu, wudhu' itu bukan hanya kita perlukan saat waktu solat mahupun ingin membaca Al-Quran, malah, saat menimba ilmu,angkatlah wudhu', sebelum pergi ke kuliah, berwudhu'lah. Malah, saat kita merasa marah, berwudhulah. Kerna marah itu ibarat api, maka apakah lawannya api? Apakah yang bisa memadamkan api? Air bukan? Berwudhu'lah sahabatku.Waallahu'alam.
Sebarang kesilapan mahupun kekurangan, saya mohon maaf, sebarang komen mahupun kritikan yang membina, amatlah saya hargai,InsyaAllah.-NurMusfirah-

Wednesday 15 February 2012

Pemilik Cintaku, METSA 4


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Medium Talk Show Al-Falah  {METSA} sudah ke siri yang ke 4.

InsyaAllah, dengan tajuk "Pemilik Cintaku"

Disampaikan oleh :
Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin.

Tempat : LT 1 ,UiTM Segamat , Johor

Tarikh : 16 Februari 2012 [khamis]

*akan ada jualan, makan, minuman mahupun buku *
InsyaAllah. :)


InsyaAllah,doa saya dan dari kami semua, semoga Allah berkati, semoga Allah permudahkan. Semoga Allah redha.

Kami menjemput anda.Anda semua, sahabat kami untuk ke majlis ilmu atau taman syurga ini.

^^

waallahualam.

ada apa dengan 14 hb 2012




Assalamualaikum.

Apa khabar buat sahabat sahabat yang dikasihi Allah.

Hari ini berapa haribulan ya ? 15 haribulan 2012. Allahuakhbar. Sekejap sahaja dah masuk ke bulan Februari.

Hum. Semalam berapa haribulan ya? Ada apa-apa kah dengan hari semalam?
Semalam. 14.Februari.2012.


Ada apa dengan 14.Februari ini ya? Hum. Cuba kita fikir dan fikir, ada apa dengan tarikh tersebut ya ?

"Ha, Valentine day lah awak." Mungkin itu yang anda jawap ataupun orang lain.

Valetine day, ada apa dengan valentine day ?

Pernah saya baca di satu artikel, bahawa pada hari tersebutlah, pasangan kekasih yang 'illegal' menyambut hari kasih sayang mereka. Pada hari tersebutlah, pesta coklat mahupun bunga ros berlaku.

Pada hari tersebutlah, boleh jadi kaum wanita menjadikan diri mereka 'murah'. Maaf, andai kata-kata saya ini agak menyakitkan hati, namun, wahai kaum hawa, jadikan diri anda mahal.



Mahal yang disini membawa maksud menjaga maruah anda, menjadi solehah.

Kaum hawa, jadikan lah diri anda mahal. InsyaAllah apabila saat, seseorang lelaki yang soleh,hadir untuk menjemput bidadarinya, maka anda kaum hawa bahagialah bersamanya. Bercinta dengan dirinya dalam rahmat Allah. Tidak perlu menanti 14.Februari untuk menyambut hari kekasih, malah setiap hari adalah hari anda untuk berkasih sayang dengan suami anda.

Tidaklah saya maksudkan bahawa 14 Februari itu boleh disambut, tidak sama sekali. Hari Valentine ada sejarahnya, saya yakin dan pasti, kebanyakan dari anda sudah mengetahui sejarahnya.



[Klip dari drama Tentang Dhia,--> sedikit sebanyak menerangkan Hari Valentine ^^]


Hari Valentine bukan dari agama kita, Islam. BUKAN.
Jadi, jangan kita turut sama menyambutnya, Allah berfirman , yang bermaksud "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya."

Allah berfirman lagi dalam kitab cintaNYA yang bermaksud,
"Barang siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Sudah jelas bukan, kita sebagai seorang muslim, jangan mudah terikut-ikut sesuatu yang bukan dari agama kita,malah Rasulullah bersabda mahfumnya ,
"Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum(agama) maka dia termasuk kaum(agama) itu."
 Nauzubillahminzalik. Minta dijauhkan. Oleh sebab itu, kita perlu bijak, peka, tidak mudah terpengaruh.

Sahabat, saya hanya ingin kongsikan sesuatu mengenai apa yang saya rasa, apa yang saya baca, mahupun yang saya dengar dan lalui.

Hilal Asyraf kata, kalau cintakan seseorang, maka kita pasti mahu bawa dia ke Syurga Allah.
Adakah logik andai saat kita kata , "saya cintakan awak," namun kita biarkan diri kita dan dirinya terjun ke neraka Allah. Adakah itu yang dinamakan cinta? Ibarat 'You Jump, I jump' satu dialog yang saya rasa agak popular, dialog yang terdapat dalam filem Titanic.

Ya, You Jump, I jump, namun jump ke mana ? Andai ingin jump ke Syurga Allah, apa yang kita lakukan dengan insan yang kita cinta ?

Adakah melakukan sesuatu yang menjauhkan kita dengan Allah? Tidak bukan. Ingin ke syurga Allah itu, memang banyak dugaannya, namun Allah janjikan syurga yang sangat indah. sangat sweet kan Allah?

Sahabat, kalau kita cintakan seseorang, tanya diri kita dahulu, apakah kita cinta pada Allah dan Rasul?
Sahabat, Allah itu adalah yang pertama sekali yang layaknya menerima cinta kita ini.
Allah lah yang seharusnya yang menjadi pemilik cinta kita saat ini dan sampai bila-bila , insyaAllah.


Sahabat, Allah sangat sweet, Allah sangat romantis.
Cubalah berdating dengan Allah. Anda akan rasai sesuatu yang lain. Sesuatu yang sukar untuk digambarkan.

Allah sudah menjanjikan bahawa apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan hamba-hambaNya yang lain.

Allah juga sudah janji, bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Sahabat, tidak perlu bercouple andai ingin mencari isteri mahupun suami.
Tidak ada istilah couple dalam Islam.
Tidak ada hari Valentine dalam Islam.

Sama-sama kita fikirkan. Renungkan bersama. Cuba tanya pada diri anda,
'siapakah pemilik cintaku kini?'

Muhasabah diri. Bukan anda sahaja. Malah saya juga.

Akhir kata, bila saya kata saya cintakan anda , saya ingin membawa anda ke syurga Allah.

Waallahualam. Segala kesilapan mahupun kekurangan, saya mohon maaf. Wassalam.

Sunday 5 February 2012

Salam MaulidurRasul




Assalamualaikum. Alhamdulillah.Masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di blog ini.
Salam Maulidurrasul buat sahabat semua.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 Sahabat – sahabat yang dikasihi Allah, saya yakin dan pasti anda semua sudah selalu mendengar satu kisah ini mahupun sudah berulang kali membaca kisah ini. Kisah yang pada pandangan saya, setiap kali saya membacanya, hati saya tersentuh, air mata mengalir. Allah. Terasa sangat malu diri ini.

Kisah apakah itu?

Pada suatu hari terjadi percakapan antara Rasulullsh dengan Abu Bakar Siddiq. Sahabat yang lain turut mendengar perbualan tersebut.
                “Wahai Abu Bakar,begitu rinduku khendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan), “ berkata Rasulullah s.a.w.
                “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman mu?” Abu Bakar menjawab.
                “Bukan.” Jawab Rasulullah.
                “Kamu ini adalah sahabat-sahabat ku,” selanjutnya Nabi berkata dan menegaskannya.
Keterangan Nabi s.a.w itu sungguh menghairankan Abu Bakar,juga sahabat sahabat lain yang turut ada di situ. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Nabi s.a.w itu dengan penuh kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana perbualan menjadi lebih serius kerna masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan persoalan ini merupakan persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Rasulullah s.a.w.

Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah Rasulullah menghuraikannya.

                “Ikhwan , (saudara-saudara)ku,”
                Rasulullah menyambung, “Mereka belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dengan ku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang tua mereka.”
                “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan mu?” bertanya seorang sahabat baginda, mereka masih nerasa hairan dan ingin tahu penjelasan Nabi s.a.w selanjutnya.
                “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku,” Jelas Rasulullah.
                “Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?” Demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.
                Begitulah Nabi s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya Rasulullah. Mereka itu beriman kepada Allah dan RasulNya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Meraka membaca Al-Quran dan Hadiths dan kerana itu Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar As-Siddiq dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang berjuang bagi menegakkan agama Allah dan RasulNya, Islam.


Sahabat- sahabat yang dikasihi Allah, begitulah kisah yang ingin saya kongsikan. Allahuakhbar, rindunya baginda kepada umatnya, bagaimana pula kita ?
Adakah kita hanya ingat dan rindu pada Rasulullah di saat sambutan MaulidurRasul sahaja ?
Muhasabah diri kita sama-sama.

Ingin saya kongsikan perbualan Hilal Asyraf dan seorang hamba Allah, Yaasin.
"Hilal, kenapa orang selalu mengingati hari kelahiran Rasulullah SAW, dan jarang sekali ada majlis mengingati hari kewafatan baginda?"
"Kerana hari kelahiran lebih menggembirakan?" Saya menjawab.
"Kerana kita mahu merasakan Rasulullah SAW itu sentiasa hidup di dalam kehidupan kita." Yaasin memberikan jawapan final.

Waallahualam. J  

Wednesday 4 January 2012

percaya tidak saya kata Rasulullah lelaki PALING SWEET!

Assalamualaikum...




"Untuk you," Seorang lelaki yang agak kacak menghulurkan sejambak bunga ros merah dan coklat buat gadis yang elok duduk berhadapan dengannya.

Wajah si gadis itu jelas kelihatan terkejut dan tentulah wajahnya berubah menjadi gembira.

Tangannya mencapai pemberiaan kekasih tercinta.



"Sweetnya dear, bagi I bunga ros dengan coklat ini." Si gadis itu mencium bunga ros itu. "Tapi dear, bunga ros ini tak da bau pun..."

Si lelaki itu membuat muka pelik . "Ah, sudah. Tak kan aku lupa pula nak sembur pewangi tadi."
Dia tersengih.

"Tak pelah, bau dia dah hilang kot." Si gadis tersenyum.

"Tak pelah, You still sweet bagi I."


[Lain Situasi pula]


 
"Happy birthday awak.." Si lelaki menghulurkan seekor beruang comel buat si gadis dihadapannya yang berdiri beberapa jarak darinya.

Si gadis itu diam. Melihat beruang comel itu. Perlahan-lahan, bibirnya mengukirkan senyuman.Tanggannya mula mencapai ingin mengambil beruang itu.

"Terima kasih awak... Comel nya teadyBear ini. "

Dia memandang lelaki di hadapannya.
Lelaki itu tersenyum malu.

"Sweet lah awak ini..."

"Awak suka ?"

si gadis hanya tersenyum sambil menganggukan kepalanya.

Ok, kita dah tengok kedua-dua situasi di atas kan, so,jom kita layan video yang saya sertakan ini...




"Owhh..SWEETNYA lelaki itu"+ ---> sayapemalu

Ok, dah tengok ? hum, agak-agaknya dua lelaki yang ada di situasi atas tadi itu belikan bunga coklat dan teadybear semua itu pakai duit siapa ye?

Anda ada terfikir tidak yang mungkin jejaka-jejaka kacak itu juga menghadapi situasi seperti jejaka dalam video itu?

Hehe.

Saya suka apa yang en.SayaPemalu cakap pada hujung videonya,

"As for me , those lelaki yang treat their family members well and nicely is such a great give of sweetness.."

ok, kita mungkin dah biasa tengok tahap keSWEETnya jejaka-jejaka , contohnya macam situasi yang saya beri di atas mahupun dalam video tersebut.

Ok, sahabat nak tak tahu bagaimana SWEETnya RASULULLAH dengan isteri baginda?
Hum, jangan ingat Rasulullah tidak sweet, malah Rasulullah bagi saya adalah seorang lelaki yang amat-amat sweet. Tidak ada lelaki lain yang dapat kalahkan tahap sweetnya Rasulullah.

saya ada baca satu buku yang tajuknya tidak silap saya,'Romantisnya Rasulullah saw'
dalam buku tersebut saya ada terbaca,

sahabat-sahabat nak tahu, Rasulullah seorang suami yang sangat sweet,romantis dan sangat gentleman!

Kenapa saya kata gitu?
Diceritakan waktu itu, Saidatina Aisyah didatangi haid, dan telah tembus.
Sahabat nak tahu tak, Rasulullah telah bantu isteri tercinta untuk membersihkan tempat yang telah kotor dengan darah haid tersebut. SubhanaAllah.

Sweet tak rasulullah? Gentleman tak rasulullah?
Rasulullah tidak menyatakan langsung rasa tidak senang mahupun rasa geli atau kotor malah membantu untuk membersihkan tempat tersebut.

Ok, selain itu Rasulullah juga berromantis dengan isterinya dengan beliau sengaja menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan saidatina Aisyah dalam Sahih Bukhari bahawa,
"Nabi SAW membaca al-Quran[mengulang hafalan] dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."

Na..Cuba tanya diri kita balik, sweet tak Rasulullah?
Kalau anda tak jawab sweet itu, saya tak salahkan anda, sebabnya lain orang lain pendapatnya kan? ;)

Nak lagi contoh untuk saya katakan ya memang Rasulullah lelaki yang PALING SWEET! PALING ROMANTIK!

Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :" Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit."

[Bukhari dan Muslim]

Hadirnya Rasulullah mengubat hati para isteri baginda.

Hum, kalau kita lihat sekarang ini dalam drama, pasangan couple akan membahasakan pasangannya dengan panggilan-panggilan manja bukan?
Begitu juga Rasulullah, baginda juga tidak ketinggalan untuk menyebut nama isteri baginda dengan panggilan yang manja, sebagai contohnya, Rasulullah menggelar isterinya , saidatina Aisyah dengan Ya Humaira yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar Merah.

Naa, sweet kan Rasulullah??

Rasulullah memanglah sweet, sweet dengan isteri baginda, so, kita sweet lah ngan awek kita.

Hum, agak-agak statement atas ini akan dibangkitkan dok?

sahabat, apakah keSWEET itu hanya terskop kepada yang berlainan jantina yang ini saya membawa maksud, kita nak berlaku sweet, jadi perlu ada awek, perlu ada boyfriend.
Tidak kan?
Kita boleh buat sweet ngan family kita. Yang utama sekali IBU AYAH kita!
Kemudian dengan sahabat-sahabat kita.
Jadi, jangan skopkan yang nak berkelakuan sweet itu perlunya kita bercouple dahulu.

Cuba kita rewind balik apa yang sayapemalu konklusikan dipenghujung videonya, dia kata,

'mereka yang sweet adalah mereka yang melayan ahli keluarga mereka dengan baik !'



Jadi, sebelum hangpa semua ini kahwin, jangan gatal-gatal nak pi cari awek, cari boyfriend nak praktis tahap kesweet nya anda.
Tapi carilah mak ayah kita, cari adik beradik kita, cari sahabat-sahabat kita untuk kita berlaku sweet dengan mereka.
InsyaAllah...



Bukan kah Allah telah berfirman dalam [Surah Al- Luqman : 14],
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya..."


 wassalam.

[maafkan segala salah silap saya sepanjang penulisan ini. saya juga manusia yang tidak sempurna yang sentiasa silap. :) _NFA_]



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More