This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 31 December 2011

Rasulullah seorang yang COMEL!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur ku ke hadrat Ilahi kerana Allah masih lagi memberi ruang mahupun peluang buat saya untuk mencoretkan sedikit coretan buat kita semua .

Sahabat semua, pernah tak kita tahu bahawa Rasulullah seorang yang COMEL ???

Mungkin sahabat semua terfikir bagaimana agaknya comel yang saya maksudkan itu ya,
ok. Kita sama-sama baca cerita bawah ini ya. ;)



Zuheir nama yang diberi. Siapa kah Zuheir ini ya ? Zuheir ini ialah seorang yang berbadan kecil dan beliau telah dapat menawan hati Rasulullah, kekasih Allah. SubhanaAllah.
Zuheir akan turun ke kota untuk berdagang hasil tanamannya di samping  itu, beliau kerap kali mengunjungi Rasulullah dan akan membawa hadiah buat Rasulullah sekeluarga. Rasulullah menerima hadiah tersebut dengan senang hati, malah Rasulullah juga beri hadiah buat Zuheir dengan memberi barang-barang yang orang desa perlukan.




Zuheir ini berasal dari Badiyah, dimana Badiyah merupakan sebuah desa yang terpencil di padang pasir Sahara.



Dengan bertukar tukar hadiah itu, telah menjalinkan satu hubungan yang amat berkesan yang mana terjalin hubungan yang erat antara rakyat kecil dengan pemimpin besar yang mulia.Rasulullah menerima setiap hadiah dari Zuheir sebagai tanda kasih sayang dari Zuheir yang telah mendapat tempat di hati Rasulullah.

Rasulullah ada menyatakan sesuatu bagi menyatakan kedudukan Zuheir buat Rasulullah begitu juga sebaliknya,

Thursday 29 December 2011

Ketika ukhuwah terjalin atas dasar keimanan…



Assalamualaikum…
“Akak, bagaimana akak berlapang dada dengan teguran daripada sahabat?” Ketika itu, pandangan ku halakan menghadap sahabat tercinta di sisiku. Tersenyum kami berdua mendengar pertanyaan dari seorang adik yang kucintai.
“Apabila ukhuwah yang terjalin adalah terjalin atas dasar keimanan, akak percaya teguran daripada sahabat merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada akak. Teguran daripada seorang sahabat merupakan satu teguran yang akan mendatangkan manfaat kepada kita. Apa yang akak tanamkan dalam diri akak ialah, setiap teguran yang akak terima tidak kisahlah daripada sesiapa , akak sematkan dalam diri akak bahawa itu semua merupakan teguran-teguran daripada Allah buat akak, cumanya , Allah telah mentakdirkan sahabat akak sebagai perantaraan.”
Apabila sahabat memberi teguran kepada diri kita, jangalah kita melenting atau bermasam muka dengan teguran-teguran daripada sahabat kita. Lupakah kita dengan firman Allah yang bermaksud,
              Seandainya kita mengaku diri kita beriman, janganlah kita melenting apabila ditegur, kerana peringatan merupakan sesuatu yang bermaanfaat buat seorang yang beriman. Bukankah dengan terguran-teguran itu kita akan mulai sedar apakah kesilapan dan kekurangan diri kita, insyaallah, dengan teguran-teguran itu akan membantu kita untuk meningkatkan lagi keimanan kita. Insyaallah.
  “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orangyang     beriman.” (Adz-Dzariyyat: 55)

Ukhuwah? 

Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menyifatkan,
 "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."
Teman-teman yang dikasihi Allah, Ukhuwah yang terjalin atas dasar keimanan merupakan satu ukhuwah yang akan menghasilkan satu rasa cinta  yang luar biasa malah mungkin boleh mengalahkan rasa cinta seorang ‘boyfriend’ buat ‘girlfriend’nya.
Daripada Abu Hamzah ibn Malik r. , khadam Rasulullah s.a.w, Nabi s.a.w bersabda , mahfumnya:
                “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaiman dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

Teman-teman yang dikasihi Allah, jawapannya mudah, telah terjawab dengan sabda Nabi S.A.W di atas,
Menjalinkan ikatan persaudaraan, mengeratkan ikatan persaudaraan merupakan arahan dari Allah, arahan dari Rasulullah. Malah perkara ini juga telah Rasulullah lakukan, sebagaimana yang kita ketahui melalui kisah-kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Hebatnya ukhuwah yang terjalin apabila keimanan dijadikan paksi. Rasa cinta sahabat-sahabat pada Rasulullah dan Allah melebihi segala-galanya.
Tingkatan ukhuwah?

Selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik (husnudzon) dan berlapang dada dengan sahabatnya. Berlapang dada dengan sahabat kita merupakan tingkatan yang pertama.
Seterusnya diikuti pula dengan tingkatan yang kedua yang mana sahabat antara sahabat ini seimbang. Sebagai contoh, saya makan coklat, jadi saya bagi sahabat saya rasa coklat itu. Na, seimbang tak? Adil tak? Kedua-dua merasa coklat bukan ?
Manakala tingkatan ukhuwah yang lebih tinggi adalah (itsar). Apakah yang dimaksudkan dengan itsar?
Itsar ialah melebihkan sahabat daripada diri sendiri dalam segala perkara yang dicintainya.

 Bagaimana untuk eratkan ukhuwah?
“Akak, mari saya suapkan akak.” Saya tersenyum memandang adik di hadapan.
“Kita ada terbaca, makan berkongsi, saling bersuap dapat mengeratkan satu pertaliaan saudara.” Betul itu, walau hanya dengan suapan dari seorang sahabat ke mulut sahabatnya, ianya merupakan salah satu perkara yang boleh mengeratkan ukhuwah. Banyak lagi perkara yang boleh mengeratkan ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat kita.
Teman-teman yang dikasihi Allah, banyak sebenarnya perkara yang boleh membantu kita dalam memperkukuhkan serta mempereratkan ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat kita.

“Asid,Uhibbukafillah…” Irfan berbicara perlahan.
Terkoyak senyum pada bibir Asid. “Uhibbukafillah Kaman.”
Mereka melahirkan sesuatu yang luar biasa , atas hubungan keimanan mereka.
Adengan saya petik dari novel Sinergi karya saudara Hilal Asyraf.
Apabila kita mengasihi seseorang kerana Allah, maka ucapkanlah rasa cinta itu pada mereka. Kalimah ‘uhibbulkafillah’ merupakan salah satu usaha kita untuk mempereratkan ukhuwah yang telah terjalin.

Rasulullah bersabda mahfumnya,
“Tiada dua insan muslim yang bertemu, kemudian saling berajabat tangan, melainkan Allah mengampuni dosa-dosa keduanya hingga berpisah.”
Hadis Riwayat abu daud (5212) Ahmad (4/389) Turmuzi (2875) Ibnu Majah(3703).
Marilah sama-sama kita mempraktikkan diri kita apabila bertemu dengan  seseorang ,berjabatlah tangan dengannya. Melazimkan aktiviti menziarah ziarahi juga merupakan cara untuk memperkukuhkan ukhwah yang telah terjalin.
Abi Saudah berkata,Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah bersabda mahfumnya,
“Tatkala  seseorang menziarahi saudaranya yang jatuh sakit,atau mengunjungi saudaranya,Allah berkata kepada orang tersebut: “Kau telah berbuat baik.Semua jejak langkahmu menzahirkan kebaikan.Aku siapkan tempat untukmu di syurga.” ”
Hadis Riwayat Ahmad (2/326)Turmuzi (2076) Ibnu Majah(1443) ibnu Hibban (2950) al Baghawi (5015) ibnu Mubarak (246)imam al Bani dalam Sahih al-Jami’ (6263).
Siapa sebenarnya teman yang terbaik ?

“Setiap orang yang berkawan denganmu bukan kerana Allah,
Maka janganlah kau teruskan jalinan persahabatanmu dengannya,
Sebaik-baik kawan, ialah yang berteman denganmu kerana Allah,
Ia akan tulus mewajahkan persahabatan dan jernih menyikapimu.”
(Syai Ali ibnu Daud ar-Riqqi)


Sama-sama kita renungkan…
Wassalam…





Pernahkan terlintas difikiran kita, mengapa perlunya kita menjalinkan ukhuwah? Mengapa perlunya kita mengeratkan ikatan persaudaraan?

Tugas & Tanggungjawab Umat Islam [Bahagian II]





Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang , selawat ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W , salam kepada keluarga baginda , para sahabat-sahabat baginda , para tabiin-tabiin dan alim ulama' serta kepada para da'i serta sahabat-sahabat seperjuangan.

InsyaAllah pada enteri kali ini, ingin dikongsi bersama mengenai

"TANGGUNGJAWAB MANUSIA DICIPTA : "



  • Tanggungjawab manusia adalah menyembah Allah serta beribadat kepadaNya. 
"dan (ingatlah) tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah
dan beribadat kepadaKu"
  (Az-Zariat : 56)
  • Seterusnya tanggungjawab manusia adalah bagi menjalani hidup mengikut Manhaj Rabbani. Manhaj Rabbani adalah cara hidup seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Ianya juga dikenali sebagai Ad-Deen. Kehidupan mengikut manhaj rabbani adalah sebuah kehidupan yang tidak dicampurkan dengan kebatilan.

    “Barang siapa yang mencari selain daripada agama Islam , Maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi ”                                                                                                      (Ali-Imran : 85)

  •  Dan tanggungjawab kita dicipta untuk memberikan wala’(taat) dan thiqah(percaya) kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta orang-orang Mukmin. Kerana orang-orang mukminlah saudara serta sahabat yang akan membantu kita di dalam kesusahan selain Allah dan RasulNya.
 “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah , RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat , dan mereka tunduk (kepada Allah)”                                                                                    (Al-Maidah : 55)

Tanggungjawab dan tugas adalah perkara yang berbeza. Ramai orang menyangka Tanggungjawab dan tugas adalah benda yang sama sedang ianya berbeza sama sekali. Tanggungjawab adalah “kerja yang harus kita lakukan”manakala tugas adalah “misi yang perlu kita laksanakan”.


 

Tugas & Tanggungjawab Umat Islam [Bahagian I]

Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang , selawat ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W , salam kepada keluarga baginda , para sahabat-sahabat baginda , para tabiin-tabiin dan alim ulama' serta kepada para da'i serta sahabat-sahabat seperjuangan.




 

Wednesday 28 December 2011

AGM KELAB AF [Hijrah Bermula Dari Diri Sendiri]

Assalamualaikum ... =)

        


"HIJRAH BERMULA DARI DIRI SENDIRI" 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya serta cintaNya kepada hamba-hambaNya, dapat lagi saya mencoretkan sedikit cerita di blog Al Falah yang baharu ini.
Kenapa yang baharu ? Pasti anda semua tertanya-tanya kan? Saya sendiri tidak menjangka disebabkan tersilap meletak nombor, akhirnya blog yang lama telah di'delete' secara sah nya oleh pihak Google .

Huhu. Tak mengapa lah itu.

Alhamdulillah, pada 14.Disember.2011 yang lalu, AGM Kelab Al-Falah bagi sesi Disember 2011-April 2012 telah dapat dijalankan dengan baiknya. Biarpun pada waktu awal-awal tidak ramai yang hadir namun jumlah yang hadir semakin bertambah setelah beberapa ketika. Alhamdulillah. Ribuan terima kasih atas pengorbanan masa, pengorbanan tenaga yang kalian korbankan. Semoga Allah gantikannya dengan perkara yang lebih baik InsyaAllah.

Tema yang kami gunakan pada malam itu ialah berkaitan dengan" Hijrah bermula dari diri sendiri."

Jadi, bila kita sebut hijrah, apa yang kalian semua akan fikirkan? 
Apa yang kalian akan bayangkan apabila perkataan hijrah menerjah ke dalam fikiran anda ? 

Mungkin majoritinya akan mengatakan ianya berkaitan dengan perpindahan. Perpindahan apa itu ?  Perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah .
Ok. Jadi,adakah definasi hijrah itu hanya terskop pada perpindahan Makkah ke Madinah semata-mata ?
Bagaimana kita nak aplikasikan penghijrahan dalam diri kita sendiri ?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More