This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 16 March 2013

Bersangka baik...



Bismillahirrahmanirrahim...


"Dalam nak kita nak mengajak orang kepada kebaikan ini, memang ada cabarannya, dan yang paling utama sekali adalah kita kena sentiasa berlapang dada..."

Perkongsiaan saat saya bersama seorang senior saya.

Pesannya lagi,

"Memang kita ada waktunya akan rasa 'ya Allah, tak kan aku sorang-sorang sahaja? Mana sahabat-sahabat aku dulu?'..." Kak Aina (bukan nama sebenar) sekadar tergelak kecil sewaktu berkongsi cerita dengan saya.

Kak Aina sambung lagi,

"Memang akan ada fasa-fasa sedih, rasa putus asa, itu normal, sebabnya kita manusia... Oleh sebab itu lah, bila saat-saat itu, selain mengadu padaNya, kita ini, kita ini kena cari sahabat-sahabat kita, kita kena hirup ,kena sedut 'semangat' depa itu...Kita jangan terus buruk sangka depa ini tinggalkan perjuangan.. Haa.. itu salah itu.. Kita kena selalu yakin yang sahabat-sahabat kita itu sebenarnya depa nak bantu kita, nak bersama kita dalam jalan perjuangan ini,cumanya, mereka juga ada cabaran-cabaran dan komitmen yang kita sendiri mungkin tak tahu hal itu..."

Dan kala itu, Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 12,Allah ingatkan kita, Allah beri peringatan kepada hambaNya dengan ayat al-Quran yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain..."

Allahurabbi, Allah dah ingatkan kita bahawa berprasangka buruk itu bukan sikap yang elok, malah sebahagiannya itu dosa! Allah...

Allah kata lagi dalam ayat yang sama...

"..Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah maha Penerima Taubat,Maha Penyayang..."

Allahuakhbar, cuba kita tanya pada diri kita, kita nak ke makan daging saudara kita yang sudah mati???

Allah, untuk makan makanan yang sudah basi pun kita dah tolak tepi, dah tak boleh nak telan, inikan makan daging saudara yang dah mati. Allahuakhbar...

Naudzubillah...

Kakak Abang yang saya hormati sekalian,

Dalam kita meniti hari-hari di muka bumi Allah ini, memang kita akan diuji...

Ujian-ujian itu sebahagian dari kehidupan kita...
Di dunia ini, memang kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia...
Cuba tanya diri kita, kita ini pun banyak juga ragamnya, cuma kita sendiri tak menyedarinya...

Dalam berukhuwah, memang Allah akan uji...
Cakap belakang, cepat membuat spekulasi yang tidak baik terhadap kawan itu bukan tindakan yang bijak wahai abang dan kakak...

Ini satu peringatan buat diri saya terutamanya, saya ingat lagi pesanan dari sahabat saya, dia kata kat saya

"Tak semua perkara yang kita rasa baik untuk dirinya, dia rasa baik untuk dirinya..."

Ya. Saya menyedarinya, kakak abang, ingatlah, bila kita kata kita berukhuwah kerana Allah, berukhuwah sampai syurga, nak berjiran di akhirat, jangan kerana hal yang remeh temeh , kita sudah mulai nak merajuk! Terasa hati atau apa sahaja yang membawa maksud yang seerti dengannya...
Allah, lemahnya hati ini...

BIla kita bersahabat, memang akan ada terkecil hatinya, tapi, kita jangan terlalu mengambil serius akan hal-hal yang remeh temeh... Kerna sahabat kita itu tak sempurna kakak abang ...
Depa manusia biasa. Kita juga manusia biasa kan?
Sebab itu kita saling memperingati.
Andai tak puas hati, berterus teranglah. Jangan bersangka buruk terhadap sahabat kita...
Andai ada benda yang terbuku di hati, luahkan, bagitahu, biar mereka tahu...



Jangan terus mempercilkan diri.
Bila kita rasa kita seperti sendirian, cukup! cukuplah dengan 'cubitan Syaithan!' 
We never alone!!!
Allah sentiasa dekat dengan kita. 




saya teringat sahabat saya pesan,

"Kalau ukhuwah teruji ini, inilah juga waktunya Allah nak uji 'keegoan' kita. Tahap mana kita sanggup runtuhkan ego kita, dan memberi pada dia... Cukup-cukuplah jadi insan yang ingin menerima sahaja, jadilah manusia , sahabat yang lebih memberi!"

'What U give, U get Back' - gambar hiasan

Ya, orang putih kata, 'What you give, you get back!' 

Hidup ini memang biarlah banyak memberi dari menerima...
Satu lagi peringatan yang sangat penting buat diri saya...

Positifkan diri...
Bersangka baik dengan Allah, dan juga orang sekeliling kita...


Waallahualam...

*Saya mohon maaf atas segala kekurangan, dan saya mohon maaf andai apa yang saya kongsikan ni ada yang salah, mohon perbetulkannya untuk saya. Terima kasih...

-BenzAliff-



Wednesday 13 February 2013

Berita Universiti : Valentine's Day

Sumber Berita Universiti - Valentine'S Day


Valentine's Day : HEWI PMIUM Saran JAKIM Fokus Kempen Generasi Muda Kahwin Awal

Kuala Lumpur, 13 Feb : Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi PMIUM (HEWI PMIUM), Noor Afifah Jamaluddin hari ini menyarankan agar badan agama terbesar Malaysia, JAKIM agar lebih memfokuskan untuk mengadakan kempen 'Anak Muda Kahwin Awal' berbanding terlalu memfokuskan kempen 'Anti Valentine's Day'.

Dalam satu kenyataannya, Noor Afifah yang juga merupakan Timbalan Presiden PMIUM melihat trend anak muda kahwin awal amat penting dalam memupuk kesedaran bagi mengelakkan gejala maksiat yang kian berleluasa.

" Soal nikah amat penting dalam kehidupan sesiapa sahaja. Namun, disebabkan pelbagai syarat diletakkan JAKIM dan badan agama yang mengurus, ianya dilihat sebagai satu 'halangan kecil' bagi generasi muda melangsungkan pernikahan lebih awal. ", ujarnya.

Tambahnya, " Sekadar memperhebatkan Anti Valentine's Day sahaja tidak cukup untuk sedarkan generasi muda kerana ianya hanya satu tindakan 'short term', bukannya 'long term'. "

" Dan saya berharap satu mekanisme baru dapat dijalankan oleh JAKIM dalam memupuk kesedaran kahwin awal di kalangan generasi muda. " - jelasnya.



Vol.2 Coretan Diari Al-Falah : Let the pictures speak

Bismillahirrahmanirrahim...


Credit to : Rusydee Artz


Credit to : Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM S.Alam


Credit to : Gamis Johor

Thursday 17 January 2013

Vol.1 Coretan Diari Al-Falah : Jangan Merajuk Wahai Da'ie


Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang , yang mengurniakan kita dengan nikmat Iman , nikmat islam , nikmat kesihatan dan nikmat hambaNya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar baginda Nabi S.A.W dan keluarga serta para sahabat. Salam kepada para Alim Ulama' , ustaz-ustaz dan para sahabat-sahabat seperjuangan , seakidah dan saudara-saudara se-islam semuanya..  Alhamdulillah hari ini saya , dikurniakan sebuah ilham untuk menulis kembali blog Al-Falah ini. Ilham ini datang dari Allah S.W.T yang Maha Luas Ilmunya , nescaya jika ditulis dengan 7 lautan di dunia , masih tidak cukup maka kering kontanglah laut..

Pernah saya katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…

Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku, aku sedang diuji. Begitu juga dengan kamu, dan kita semua. Lalu untuk memujuk hati ketika menerima tarbiah Ilahi ini saya nukilkan tulisan ini untuk saya dan kita semuanya… Tajuknya: "jangan merajuk wahai Da'ie"

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena , sehinggalah wujudnya cita-cita menegakkan Islam di atas bumi Allah di dalam diri setiap individu dan insan. Apatah lagi setiap jiwa raga yang menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T dan menggelar diri mereka Amilin atau Da'ie. Mereka yang berada dalam kerangka itu haruslah lebih-lebih lagi menunjukkan kesungguhan di dalam sesuatu perkara , bagi mengelakkan fitnah terhadap Islam.

Begitupun hal itu susah untuk dielakkan, usah kita lupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak normal. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hambaNya, natijahnya pula di bawah takdirNya. Mudah saya katakan, ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.

Lalu di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, merajuk dengan hasil dan hikmah dari Allah , maka carilah hikmah apapun yang dirakamkan  di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, memberi seribu pengertian dalam kehidupan seorang da’ie.



Nabi Yunus menyeru pada kaumnya , sembahlah Allah Yang Maha Esa dan tinggallah berhala yang tidak bernyawa. Jauhi perbuatan yang sia-sia. namun , Seruan Nabi Yunus A.S tidak diterima , Nabi diejek dan Nabi dihina. Baginda tidak berputus asa. Walau dicaci walau dihina. Akhirnya Nabi merasa hampa.

"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim." (Al-Anbiya': 87)

Umatnya masih menderhaka. Lalu Nabi Yunus pergi membawa hati. Ke tepi pantai seorang diri. Kapal pedagang Baginda menumpang. Membawa diri ke rantau orang. Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya.

Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu terkena dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya. Lalu , kesedihan beliau bertambah.
Malangnya laut bergelombang. Hampir karam ditengah lautan. Lalu pedagang membuat keputusan untuk meringankan kapal. Mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan pemberat di kapal. Segala harta di campak di dalam lautan , tetapi takdir Allah menetapkan suatu tarbiyyah buat Yunus A.S. Kapal masih berat , jadi pedagang mengambil keputusan mencampakkan manusia ke dalam laut melalui undian. Bila diundi Nabi merelakan. Terjun ke laut penuh bergelora. 





Menjadi pencaturan Allah , memerintahkan seekor ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus A.S.  Sesudah Yunus A.S terjun , ikan Nun tersenyum dan menyempurnakan ketaatan kepada Allah lalu menelan Yunus A.S.. Baginda ditelan ke perut Ikan Nun. Gelap gelita tidak terkira.  Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati. Namun tubuhnya masih mampu bergerak , dia tahu dia masih hidup. Sedarlah Baginda akan silapnya. Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa. Menangislah Nabi penuh duka. Memohon Ampun dari Allah S.W.T kerana meninggalkan kaumnya dan bersikap putus asa dari kaumnya. 



"Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (Hud: 87)

Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu merasakan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah S.W.T melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah S.W.T mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah S.W.T.


"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (as-Shaffat: 139-148)

Inilah kisah yang menjadi pengajaran kepada para da'ie yang merajuk dengan ketentuan Allah. Sebagai Da'ie janganlah kita lari dari medan Dakwah hanya kerana mereka tidak mahu mendengar nasihat kita. Ingatlah Allah tidak memandang kepada hasilnya , tetapi Allah melihat kepada usaha yang dibuat.



Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan diri. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira perih getir dan cacian dan hinaan , kerana setiap langkah di atas jalan ini (Dakwah) adalah kejayaan. 


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – (Surah Ali ‘Imran:139)



Nukilan " Sinar Tarbiyyah Islam : Penulisan Dakwah : Jangan Merajuk Wahai Da'ie "
http://akhdanmuslim.blogspot.com (Al-Amin)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More