Friday 17 February 2012

CERPEN :Wudhu'




“Irsyad, anak mama jom dah pukul berapa dah ini ?”
Solehah memandang anaknya, Irsyad yang sedang leka bermanja dengan papa nya. Elok duduk di riba papa nya sambil dipedengarkan dengan sirah Nabi. Irsyad memandang mama nya dengan pandangan manja, matanya sempat melirik wajah papanya. Di tarik-tarik lengan baju papa nya. Matanya terkebil-kebil memandang papa nya.
“Kenapa ? Mama dah panggil, turn Irsyad nak manja dengan mama plak .”   Hakimi tersenyum manis. Kepala anaknya diusap lembut. Mata Irsyad tidak lepas memandang papanya.
“Papa, Irsyad nak dengar lagi cerita.” Hakimi tersenyum. Dilihatnya isteri tercinta mulai mendekatinya bersama senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.
“Sayang, tengok anak awak ini, tak puas bermanja dengan abang.” Irsyad masih setia di riba papanya. Matanya yang bulat dikalihkan ke wajah mama nya.
“Mama, malam ini lambat sikit , boleh? Irsyad nak dengar cerita lagi?”
Solehah menggambil tempat di sebelah suaminya, buku di tangan suaminya diambil.
“Hum, tak boleh sayang, dah waktu anak mama tidur. Nanti, sebelum tidur, mama dengan papa cerita sesuatu yang lagi seronok, nak tak?”
 Irsyad tersengih.
“Betul ini?” Solehah dan Hakimi tersenyum.
“InsyaAllah, betul. Dah , jom ikut mama.”
Irsyad mula bangun dari duduknya. Dia memandang papanya, “Papa, tunggu Irsyad kat bilik.” Hakimi tersenyum melihat keletah anaknya.
“Eh, Irsyad lupa pula,” Irsyad kembali ke tempat papanya. Bibirnya yang comel itu didekatkan dengan telinga papa nya, dia membisikkan sesuatu, “Terima kasih papa.” Terkoyak senyuman diwajahnya. Hakimi tersenyum. Solehah juga. Irsyad telah dibiasakan untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa juga yang memberikannya sesuatu. Dari kecil, Solehah dan Hakimi telah membiasakan dirinya dengan ungkapan terima kasih tanda penghargaan mahupun pengorbanan pada sesorang. Solehah dan Hakimi menjadikannya ia sebagai satu langkah dalam menerapkan akhlaq seorang muslim biarpun anaknya masih kecil.

 "Mama, kenapa mama suruh Irsyad ambil wudhu?” Irsyad memandang wajah mama nya. Dia baharu sahaja usai mengangkat wudhu. Sudah menjadi kebiasaanya untuk mengangkat wudhu sebelum tidur.
“Kenapa sayang?”
“Yelah, Irsyad bukan nak solat pun. Nak tidur dah pun tapi kenapa mama suruh Irsyad ambil wudhu’? Bukan masa solat je ke kita kena ada wudhu. Ha, dengan masa nak baca al-Quran.?”
Solehah senyum. Memandang anaknya yang semakin membesar. Dalam hati dirinya memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan pada dirinya.
“Hum, pandainya anak mama. Ini yang mama sayang lebih ini, dah bijak bertanya,” Solehah tersenyum. Kepala anaknya diusap manja. Kini, dia duduk di sisi anaknya. Lampu tidur dinyalakan.
“Kenapa ye mama suruh Irsyad ambil wudhu’, sebab mama nak jaga kulit anak mama ini.” Solehah berseloroh. Pipi anaknya yang sudah baring dicubit.
“Eh, yeke mama?” Irsyad memandang wajah mama nya dengan pandangan pelik. Tidak yakin dengan jawapan mamanya.
Solehah ketawa kecil. Wajah anaknya dipandang.
“Sebab, itu sunnah Rasulullah sayang, lagi pula bila Irsyad ambil wudhu, Irsyad dalam keadaan yang suci kan?” Irsyad menganggukkan kepala.
“Allah sayangkan hamba-hambaNya yang sentiasa dalam keadaan suci, Allah cinta pada hamba-hambaNya yang sentiasa dalam keadaan suci iaini ada wudhu. Anak mama mesti nak jadi hamba Allah yang Allah sayang dan cinta kan?” Irsyad mengangguk. Senyuman terukir diwajahnya.
“Nak. Irsyad nak jadi hamba Allah yang Allah cinta dan sayang!” Irsyad berkata dengan penuh semangat.
“Amiin. InsyaAllah, mama sentiasa doakan anak mama ini.” Pipi anaknya dikucup mesra. Irsyad tersenyum.
“Amiin. Papa pun.” Hakimi tersenyum. Dia dari tadi mendengar dan memerhati anak dan isteri nya berbual. Hakimi mulai mendekat. Mengambil tempat di sebelah isterinya.
“Irsyad nak tahu tak, Rasulullah kata apabila seseorang itu berwudhu dengan sebaik-baik wudhu, akan keluarlah dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ianya akan keluar dari celah-celah kukunya.” Hakimi mendapatkan tangan anaknya. Dia meramas lembut jari anaknya sambil disentuh lembut kuku anaknya.
Irsyad memandang tangannya yang disentuh papanya.
“Wah, betul ke papa?” Hakimi mengangguk. “Tapi, sayang kena ambil wudhu yang betul.”
“Kalau macam itu, Irsyad nak selalu lah angkat wudhu, biar dosa-dosa Irsyad semua gugur.”
“Alhamdulillah, tapi sayang papa kena ingat, Rasulullah ajar bila kita mengambil wudhu, jangan membazir air. Tadi, papa macam ada ternampak orang itu bukak air besar-besar, sempat lagi main percik-percik air dekat cermin.”Hakimi ketawa kecil. Dicubit manja pipi anaknya.
“Hehehe, papa Nampak eh?” Solehah tersenyum.
“Ha, anak mama ini. Lupa eh dengan apa yang mama pesan sebelum ambil wudhu tadi?” Irsyad tersenyum. Teringat kembali akan pesan mamanya agar tidak membazirkan air. Irsyad memang gemar bermain air. Pantang mama dan papa nya tidak mengawasinya, dia akan mula bermain dengan air.
“Lain kali jangan buat lagi ya. Walaupun mama dengan papa tak Nampak, Allah Nampak.” Solehah tersenyum.
“Minta maaf mama. Minta maaf papa. Irsyad cuba untuk tak buat lagi.” Dia mendapatkan mama dan papanya. Dicium pipi mama dan papanya.
Solehah dan Hakimi tersenyum.
“Ok, mama dengan papa maafkan. Dah, tak mahulah muka sedih ini.” Solehah mengusap lembut pipi anaknya. Si kecil seperti merasa bersalah atas kesilapannya. Irsyad mula tersenyum kembali.
 “Anak mama nak tahu tak orang-orang yang mengambil wudhu ini, di akhirat kelak, wajahnya akan bercahaya.” Solehah tersenyum.
“Cahaya macam cahaya lampu ini mama ?” Isryad menunjukkan lampu tidur yang terletak elok di atas meja berdekatan katilnya.
“Lebih cahaya dari cahaya lampu ini sayang.” Solehah tersenyum. Terbuka sedikit mulut si kecil mendengar bicara mama nya.
“Irsyad, sahabat papa ada kongsikan sesuatu dekat papa, Irsyad nak tahu tak?”
“Nak papa.” Dia tersengih. Matanya terkebil-kebil menanti papanya berbicara.
“Hum, sahabat papa pernah cakap, orang yang ambil wudhu sebelum azan berkumandang, di akhirat nanti, wajah dia bercahaya ibarat matahari.
Bagi mereka yang mengambil wudhu sewaktu azan sedang berkumandang, wajahnya akan bercahaya seperti cahaya bulan purnama dan bagi mereka yang mengambil wudhu selepas azan berkumandang, wajahnya akan bercahaya macam cahaya bintang-bintang.” Irsyad teruja mendengar. Matanya membesar.
“Wah. Hebatnya papa. Muka bercahaya hanya kerana ambil wudhu?” Hakimi dan Solehah menganggukkan kepala.
“Hadiah Allah buat hamba-hambaNya sayang.”
“Baiknya Allah mama. Banyaknya hadiah yang Allah bagi.”
“Sebab itulah kita kena bersyukur, jadi hamba Allah yang baik, sebab bila kita jadi hamba Allah yang baik, ikut perintah Allah, lagi bermacam-macam hadiah Allah akan bagi pada kita.”
Terangguk-angguk Irsyad mendengar papa dan mamanya berbicara.
“Alhamdulillah.” Irsyad tersenyum. Hakimi dan Solehah tersenyum.  
“Alhamdulillah. Ok, time’s up. Sayang papa kena tidur.” Hakimi mengerling jam di pergelangannya.
“Ok papa. Inilah cerita yang papa dan mama kongsikan untuk malam ini?”
“Hum, mungkin.” Hakimi berseloroh. Saja ingin mengusik si kecil yang dilihatnya sudah menggosok-gosok mata. Irsyad sanggap.Tangannya menutup mulut yang terbuka.
“Papa saja jerk nak mainkan Irsyad. Sayang papa dah kurang. Irsyad sayang mama lebih.”Dipeluk tubuh mamanya. Kucupan dihadiahkan buat mama nya di pipi. Solehah tersenyum.
“Ada-ada sahaja anak mama ini. Selamat malam sayang, jangan lupa baca doa sebelum tidur.”
Setelah anaknya membaca doa , Solehah mengucup dahi anaknya. Selimut ditarik, menutup separuh badan anaknya. Dilihat suaminya memperlahankan kelajuan kipas. Peka dengan alahan si kecil. Hakimi turut menghadiahkan kucupan di dahi si kecil.
“Even sayang papa dah kurang sayang kat papa, papa masih sayang lebih lebih kat anak papa yang soleh ini.” Irsyad tersengih, matanya mulai kuyu dan akhirnya pejam. Hakimi senyum. Dilihat isterinya turut tersenyum. Lantas dia mendapatkan isteri tercinta, “Macam papa dia juga. Senang sangat tidur.” Solehah mengusik suaminya. Hakimi tersengih. “Mestilah, anak abang.” Solehah mengeleng-gelengkan kepala. Mereka berdua mula melangkah meninggalkan si kecil tidur.

Rasulullah bersabda mahfumnya, “Bersuci itu sebahagian dari iman.”

nota Kaki : Assalamualaikum, apa yang ingin saya kongsikan melalui cerpen ini adalah istimewanya wudhu' itu, wudhu' itu bukan hanya kita perlukan saat waktu solat mahupun ingin membaca Al-Quran, malah, saat menimba ilmu,angkatlah wudhu', sebelum pergi ke kuliah, berwudhu'lah. Malah, saat kita merasa marah, berwudhulah. Kerna marah itu ibarat api, maka apakah lawannya api? Apakah yang bisa memadamkan api? Air bukan? Berwudhu'lah sahabatku.Waallahu'alam.
Sebarang kesilapan mahupun kekurangan, saya mohon maaf, sebarang komen mahupun kritikan yang membina, amatlah saya hargai,InsyaAllah.-NurMusfirah-

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More