Wednesday 13 February 2013

Vol.2 Coretan Diari Al-Falah : Let the pictures speak

Bismillahirrahmanirrahim...



Credit to : Rusydee Artz


Credit to : Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM S.Alam


Credit to : Gamis Johor

Let the pictures speak ^^

14.Februari.2013 semakin dekat...
Saya pasti majoriti anak muda kini tahu ada apa dengan 14.Februari itu...

14.Februari = Valentine's Day 

Namun, adakah ianya bermakna kita yang mengaku sebagai Umat Islam bisa menyambutnya?

Allah telah berfirman yang bermaksud, 

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang sebenarnya), dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datang kepadamu,maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." 
(Surah Al-Baqarah :120) 


Kalau kita amati gambar-gambar di atas, faham molek-molek apa yang cuba disampaikan, insyaAllah, maka akan sampailah satu meseg iaitu 'Say No To Valentine's Day!' 

Allahuakhbar, 
Islam ini indah saudara saudari yang dimuliakan Allah. 
Islam Is the Way Of Life...
Tapi, tadi saya ada terbaca satu enteri yang menyatakan kebanyakan anak muda kini menjadikan 'Entertainment as The Way Of Life' .. 
Allahuakhbar... Begitu sekali apabila hiburan telah menjadi satu makanan yang sentiasa disajikan di negara kita ini..
Anak muda disuap dengan pelbgai jenis 'makanan hiburan' yang pada saya terlalu melampau. 


Saat saya mendengar seorang DJ mengatakan Malaysia ini aman damai daripada segala ancaman musuh, saya rasa apa yang dikatakan oleh DJ itu kurang tepat.
Kenapa?
Sebabnya, pada saya rakyat Malaysia ini ya mungkin secara fizikalnya kita aman, tetapi dari sudut mentaliti, dari sudut pemikiran, rakyat Malaysia masih lagi belum merdeka.

Okay, saya tak nak kupas mengenai pemikiran rakyat Malaysia yang masih belum merdeka , tapi saya nak kongsikan mengenai hari yang konon-kononnya Hari Kekasih...

Saudara saudari yang dikasihi Allah, 
Saya meminjam kata-kata Dr.Mohd Sukki Othman,

"Sebenarnya umat Islam kita tidak perlukan Valentine's Day untuk mengingati seseorang yang dikasihi dan dicintai. Ini kerana Islam sememangnya menggalakkan umatnya kasih mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu tanpa menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala sahaja."

Dr.Mohd Sukki Othman tekankan lagi dengan menyatakan, 

"Bahkan dalam Islam haram hukumnya jika tidak bertegur sapa sesama saudara Muslim selama tiga hari berturut-turut." 

Tidak perlulah kita nak menyambut hari Kekasih itu. Kalau yang dah bernikah, dah punya pasangan yang halal, haaa.. mu nak raikan kekasih halalmu tiap-tiap hari pun tak pe. Halal Sokmo..
Yang masih belum punyai ikatan sah, cepat-cepatlah nikah. 
Kalau benar yang kononnya kekasih awak itu sayang sokmo kat awak, suruh dia masuk meminang cepat. 

Tidak semestinya, kita nak raikan pasangan halal kita sahaja, keluarga kita, mak ayah kita , sahabat kita, boleh sokmo. InsyaAllah. 
Tidak perlu deh nak ikut Omputih itu ya. 

Saya akhiri entiri ini dengan sabda Nabi SAW, 
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri" 
(Riwayat al-bukhari)





Nukilan pengarang : Nurul Fauzani Ariff (a.k.a NFA)
Al-Falah Smart Group :)
~Senyum Sokmo~ : D




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More