Sunday 5 February 2012

Salam MaulidurRasul




Assalamualaikum. Alhamdulillah.Masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di blog ini.
Salam Maulidurrasul buat sahabat semua.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 Sahabat – sahabat yang dikasihi Allah, saya yakin dan pasti anda semua sudah selalu mendengar satu kisah ini mahupun sudah berulang kali membaca kisah ini. Kisah yang pada pandangan saya, setiap kali saya membacanya, hati saya tersentuh, air mata mengalir. Allah. Terasa sangat malu diri ini.

Kisah apakah itu?

Pada suatu hari terjadi percakapan antara Rasulullsh dengan Abu Bakar Siddiq. Sahabat yang lain turut mendengar perbualan tersebut.
                “Wahai Abu Bakar,begitu rinduku khendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan), “ berkata Rasulullah s.a.w.
                “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman mu?” Abu Bakar menjawab.
                “Bukan.” Jawab Rasulullah.
                “Kamu ini adalah sahabat-sahabat ku,” selanjutnya Nabi berkata dan menegaskannya.
Keterangan Nabi s.a.w itu sungguh menghairankan Abu Bakar,juga sahabat sahabat lain yang turut ada di situ. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Nabi s.a.w itu dengan penuh kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana perbualan menjadi lebih serius kerna masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan persoalan ini merupakan persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Rasulullah s.a.w.

Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah Rasulullah menghuraikannya.

                “Ikhwan , (saudara-saudara)ku,”
                Rasulullah menyambung, “Mereka belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dengan ku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang tua mereka.”
                “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan mu?” bertanya seorang sahabat baginda, mereka masih nerasa hairan dan ingin tahu penjelasan Nabi s.a.w selanjutnya.
                “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku,” Jelas Rasulullah.
                “Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?” Demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.
                Begitulah Nabi s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya Rasulullah. Mereka itu beriman kepada Allah dan RasulNya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Meraka membaca Al-Quran dan Hadiths dan kerana itu Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar As-Siddiq dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang berjuang bagi menegakkan agama Allah dan RasulNya, Islam.


Sahabat- sahabat yang dikasihi Allah, begitulah kisah yang ingin saya kongsikan. Allahuakhbar, rindunya baginda kepada umatnya, bagaimana pula kita ?
Adakah kita hanya ingat dan rindu pada Rasulullah di saat sambutan MaulidurRasul sahaja ?
Muhasabah diri kita sama-sama.

Ingin saya kongsikan perbualan Hilal Asyraf dan seorang hamba Allah, Yaasin.
"Hilal, kenapa orang selalu mengingati hari kelahiran Rasulullah SAW, dan jarang sekali ada majlis mengingati hari kewafatan baginda?"
"Kerana hari kelahiran lebih menggembirakan?" Saya menjawab.
"Kerana kita mahu merasakan Rasulullah SAW itu sentiasa hidup di dalam kehidupan kita." Yaasin memberikan jawapan final.

Waallahualam. J  

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More