Wednesday 15 February 2012

ada apa dengan 14 hb 2012




Assalamualaikum.

Apa khabar buat sahabat sahabat yang dikasihi Allah.

Hari ini berapa haribulan ya ? 15 haribulan 2012. Allahuakhbar. Sekejap sahaja dah masuk ke bulan Februari.

Hum. Semalam berapa haribulan ya? Ada apa-apa kah dengan hari semalam?
Semalam. 14.Februari.2012.


Ada apa dengan 14.Februari ini ya? Hum. Cuba kita fikir dan fikir, ada apa dengan tarikh tersebut ya ?

"Ha, Valentine day lah awak." Mungkin itu yang anda jawap ataupun orang lain.

Valetine day, ada apa dengan valentine day ?

Pernah saya baca di satu artikel, bahawa pada hari tersebutlah, pasangan kekasih yang 'illegal' menyambut hari kasih sayang mereka. Pada hari tersebutlah, pesta coklat mahupun bunga ros berlaku.

Pada hari tersebutlah, boleh jadi kaum wanita menjadikan diri mereka 'murah'. Maaf, andai kata-kata saya ini agak menyakitkan hati, namun, wahai kaum hawa, jadikan diri anda mahal.



Mahal yang disini membawa maksud menjaga maruah anda, menjadi solehah.

Kaum hawa, jadikan lah diri anda mahal. InsyaAllah apabila saat, seseorang lelaki yang soleh,hadir untuk menjemput bidadarinya, maka anda kaum hawa bahagialah bersamanya. Bercinta dengan dirinya dalam rahmat Allah. Tidak perlu menanti 14.Februari untuk menyambut hari kekasih, malah setiap hari adalah hari anda untuk berkasih sayang dengan suami anda.

Tidaklah saya maksudkan bahawa 14 Februari itu boleh disambut, tidak sama sekali. Hari Valentine ada sejarahnya, saya yakin dan pasti, kebanyakan dari anda sudah mengetahui sejarahnya.



[Klip dari drama Tentang Dhia,--> sedikit sebanyak menerangkan Hari Valentine ^^]


Hari Valentine bukan dari agama kita, Islam. BUKAN.
Jadi, jangan kita turut sama menyambutnya, Allah berfirman , yang bermaksud "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya."

Allah berfirman lagi dalam kitab cintaNYA yang bermaksud,
"Barang siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Sudah jelas bukan, kita sebagai seorang muslim, jangan mudah terikut-ikut sesuatu yang bukan dari agama kita,malah Rasulullah bersabda mahfumnya ,
"Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum(agama) maka dia termasuk kaum(agama) itu."
 Nauzubillahminzalik. Minta dijauhkan. Oleh sebab itu, kita perlu bijak, peka, tidak mudah terpengaruh.

Sahabat, saya hanya ingin kongsikan sesuatu mengenai apa yang saya rasa, apa yang saya baca, mahupun yang saya dengar dan lalui.

Hilal Asyraf kata, kalau cintakan seseorang, maka kita pasti mahu bawa dia ke Syurga Allah.
Adakah logik andai saat kita kata , "saya cintakan awak," namun kita biarkan diri kita dan dirinya terjun ke neraka Allah. Adakah itu yang dinamakan cinta? Ibarat 'You Jump, I jump' satu dialog yang saya rasa agak popular, dialog yang terdapat dalam filem Titanic.

Ya, You Jump, I jump, namun jump ke mana ? Andai ingin jump ke Syurga Allah, apa yang kita lakukan dengan insan yang kita cinta ?

Adakah melakukan sesuatu yang menjauhkan kita dengan Allah? Tidak bukan. Ingin ke syurga Allah itu, memang banyak dugaannya, namun Allah janjikan syurga yang sangat indah. sangat sweet kan Allah?

Sahabat, kalau kita cintakan seseorang, tanya diri kita dahulu, apakah kita cinta pada Allah dan Rasul?
Sahabat, Allah itu adalah yang pertama sekali yang layaknya menerima cinta kita ini.
Allah lah yang seharusnya yang menjadi pemilik cinta kita saat ini dan sampai bila-bila , insyaAllah.


Sahabat, Allah sangat sweet, Allah sangat romantis.
Cubalah berdating dengan Allah. Anda akan rasai sesuatu yang lain. Sesuatu yang sukar untuk digambarkan.

Allah sudah menjanjikan bahawa apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan hamba-hambaNya yang lain.

Allah juga sudah janji, bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Sahabat, tidak perlu bercouple andai ingin mencari isteri mahupun suami.
Tidak ada istilah couple dalam Islam.
Tidak ada hari Valentine dalam Islam.

Sama-sama kita fikirkan. Renungkan bersama. Cuba tanya pada diri anda,
'siapakah pemilik cintaku kini?'

Muhasabah diri. Bukan anda sahaja. Malah saya juga.

Akhir kata, bila saya kata saya cintakan anda , saya ingin membawa anda ke syurga Allah.

Waallahualam. Segala kesilapan mahupun kekurangan, saya mohon maaf. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More