Saturday 31 December 2011

Rasulullah seorang yang COMEL!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur ku ke hadrat Ilahi kerana Allah masih lagi memberi ruang mahupun peluang buat saya untuk mencoretkan sedikit coretan buat kita semua .

Sahabat semua, pernah tak kita tahu bahawa Rasulullah seorang yang COMEL ???

Mungkin sahabat semua terfikir bagaimana agaknya comel yang saya maksudkan itu ya,
ok. Kita sama-sama baca cerita bawah ini ya. ;)



Zuheir nama yang diberi. Siapa kah Zuheir ini ya ? Zuheir ini ialah seorang yang berbadan kecil dan beliau telah dapat menawan hati Rasulullah, kekasih Allah. SubhanaAllah.
Zuheir akan turun ke kota untuk berdagang hasil tanamannya di samping  itu, beliau kerap kali mengunjungi Rasulullah dan akan membawa hadiah buat Rasulullah sekeluarga. Rasulullah menerima hadiah tersebut dengan senang hati, malah Rasulullah juga beri hadiah buat Zuheir dengan memberi barang-barang yang orang desa perlukan.




Zuheir ini berasal dari Badiyah, dimana Badiyah merupakan sebuah desa yang terpencil di padang pasir Sahara.



Dengan bertukar tukar hadiah itu, telah menjalinkan satu hubungan yang amat berkesan yang mana terjalin hubungan yang erat antara rakyat kecil dengan pemimpin besar yang mulia.Rasulullah menerima setiap hadiah dari Zuheir sebagai tanda kasih sayang dari Zuheir yang telah mendapat tempat di hati Rasulullah.

Rasulullah ada menyatakan sesuatu bagi menyatakan kedudukan Zuheir buat Rasulullah begitu juga sebaliknya,


"Zuheir, desa kita dan kita adalah kotanya."

Berbalik kepada topik kita yang asal, Rasulullah itu comel, naa macam mana yang saya kata comelnya itu ya ?

Diceritakan pada satu hari , Rasulullah pergi ke pasar dan ketika itu Rasulullah terlihat akan Zuheir, lalu baginda mendekatinya serta merangkul kedua tangan Zuheir sehingga bersentuh punggung Zuheir dengan dada Rasulullah.
Zuheir yang merasa dipeluk dari belakang meronta-ronta kerana merasa terkejut dan ianya merupakan pertama kali buat Zuheir diperlakukan sebegitu di pasar.

Rasulullah berkata, "Siapa yang mahu membeli budak ini ? "  Kata Rasulullah di tengah tengah orang ramai. Ketika itu Rasulullah masih lagi merangkul Zuheir dengan tangan nya.

Comel kan Rasulullah? Sweetnya Rasulullah bergurau dengan Zuheir.

Maka, sahabat nak tahu tak apa yang Zuheir jawap apabila Rasulullah bergurau sebegitu ? :)

Jawab si Zuheir membalas gurauan Rasulullah , "Wahai Rasul Allah , engkau akan rugi [bila menjual kerana badannya kecil] ." Dan apa yang Rasul Allah jawab, " Engkau mahal harganya di sis Allah." Rasulullah menyambut kerendahan hati Zuheir.

Inilah antara sikap yang membuatkan Rasulullah disenangi orang di sekelilingnya, kerna Rasulullah, Kekasih Allah ini mencurahkan kasih sayang tidak kira di kota mahupun di desa malah buat kita umat Rasulullah yang tidak pernah bersua dengan Baginda pun, Rasulullah amat amat sayang serta rindu untuk bertemu dengan kita.

Sebab itu lah saya kata Rasulullah comel, saya membayangkan betapa comelnya saat Rasulullah bergurau dengan sahabatnya. memuliakan sahabatnya. SubhanaAllah.

Selain itu, saya ada terbaca ada suatu hari itu,



Anas bin Malik meriwayatkan,
ada seorang lelaki meminta tunggangan kepada Rasulullah. Maka beliau berkata,
"Engkau boleh menunggang seekor anak unta" Lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang bisa saya lakukan dengan seekor anak unta?" Rasulullah menjawab , "Bukankah setiap unta dilahirkan oleh unta yang lain?"

(HR Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad)



Biarpun Rasulullah mengusik sahabat-sahabatnya, namun Rasulullah mengatakan perihal yang benar .

Apa yang saya boleh kongsikan bersama di sini ialah, gurauan itu boleh kita buat namun macam mana adab gurauan itu ? Apakah yang perlu kita titikberatkan dalam waktu kita ingin bergurau?

Tentulah yang utamanya sekali kita bergurau pada perkara yang tidak mendatangkan dosa dan ingin sekali kita saling mengingati bahawa jangan sekali-kali bergurau yang berkaitan dengan agama.
Pendapat saya andainya gurauan kita untuk menghiburkan orang di sekeliling kita itu boleh cuma jangan sampai kerna gurauan kita itu mereka semakin berkecil hati dengan kita. Konklusinya, hati-hati dengan lidah kita ini. :)

Wassalam, mohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan. :)

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More