Wednesday 28 December 2011

AGM KELAB AF [Hijrah Bermula Dari Diri Sendiri]

Assalamualaikum ... =)


        


"HIJRAH BERMULA DARI DIRI SENDIRI" 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya serta cintaNya kepada hamba-hambaNya, dapat lagi saya mencoretkan sedikit cerita di blog Al Falah yang baharu ini.
Kenapa yang baharu ? Pasti anda semua tertanya-tanya kan? Saya sendiri tidak menjangka disebabkan tersilap meletak nombor, akhirnya blog yang lama telah di'delete' secara sah nya oleh pihak Google .

Huhu. Tak mengapa lah itu.

Alhamdulillah, pada 14.Disember.2011 yang lalu, AGM Kelab Al-Falah bagi sesi Disember 2011-April 2012 telah dapat dijalankan dengan baiknya. Biarpun pada waktu awal-awal tidak ramai yang hadir namun jumlah yang hadir semakin bertambah setelah beberapa ketika. Alhamdulillah. Ribuan terima kasih atas pengorbanan masa, pengorbanan tenaga yang kalian korbankan. Semoga Allah gantikannya dengan perkara yang lebih baik InsyaAllah.

Tema yang kami gunakan pada malam itu ialah berkaitan dengan" Hijrah bermula dari diri sendiri."

Jadi, bila kita sebut hijrah, apa yang kalian semua akan fikirkan? 
Apa yang kalian akan bayangkan apabila perkataan hijrah menerjah ke dalam fikiran anda ? 

Mungkin majoritinya akan mengatakan ianya berkaitan dengan perpindahan. Perpindahan apa itu ?  Perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah .
Ok. Jadi,adakah definasi hijrah itu hanya terskop pada perpindahan Makkah ke Madinah semata-mata ?
Bagaimana kita nak aplikasikan penghijrahan dalam diri kita sendiri ?

Baiklah, saya satu contoh , rasanya ramai yang dah menonton video ini. Dan saya yakin serta pasti bahawa anda mengenali insan - insan yang akan muncul dalam video ini. InsyaAllah.



Insan dalam video di atas ini adalah seorang hamba Allah yang kita kenali dengan bakat nya yang hebat dalam bermain alat muzik dan dia antara bekas tenaga penngajar bagi rancangan realiti Akademik Fantasia , hum tak silap saya masa zaman Mawi kot. Huhu.

Ok, siapa sangka dia berubah sebegini jadinya. Apa lagi yang mampu saya katakan selain bertahmid, Alhamdulillah. Sememangnya hidayah itu milik Allah.


Begitu juga dengan insan yang berada dalam video ini, dia juga saya kenali melalui satu rancangan drama iaitu 'Spanar Jaya' tak silap saya. Masih saya ingat lagi, waktu itu dirinya sangat berbeza dari yang sekarang ini. Yup, siapa sangka saudari ini juga boleh jadi sebegini. Semua itu merupakan perancangan Allah.
Sesiapa jua yang Allah kehendaki, Dia akan berikan hidayah pada hamba-hambaNya yang telah Allah pilih. Allahuakhbar.

Insan-insan di video itu antara mereka yang berhijrah temanku...

Persoalannya kini, adakah kita sebagai hamba Allah akan terus-terusan kata
"Apabila saya mendapat hidayah, saya akan berubah juga."
Hum, ya, hidayah itu Allah yang beri. TAPI, adakah kita hanya duduk diam tidak buat apa-apa ?

Andailah saya bagi satu situasi yang mana seorang ini ingin jadi handsome , kacak , bergaya. Tapi adakah dia akan kacak bergaya tanpa memakai pakaian yang cantik, tanpa berhias sedikit ? Na, nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Begitu juga kalau kita ingin jadi baik, kita perlu melakukan sesuatu perpindahan bukan ?
Melakukan sesuatu yang boleh bantu kita menjadi lebih baik.Bukankah itu juga penghijrahan?

Rasulullah bersabda mahfumnya,
"Tidak terputus hijrah sehingga terputus [peluang] bertaubat, dan tidak terputus [peluang] bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat."
[Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain]

Daripada Abdullah bin 'Amru bin al-'Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda mahfumnya,
"Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi."
[Riwayat Ahmad]

 Jadi sahabatku semua, ya memang hidayah milik Allah, tapi carilah sahabatku. Kita perlu melakukan penghijrahan ke atas diri kita sendiri bagi mencapai hadiah Allah yang Allah janjikan sahabatku.

Sahabat-sahabat semua, Allah sangat sangat sangat sayang pada kita semua, jangan berputus asa untuk menjadi yang baik lagi terbaik di sisi Nya!

Ingat pesan Rasulullah, selagi matahari tidak terbit dari barat, insyaAllah kita masih lagi ada ruang untuk kembali.

Jom kita berhijrah! InsyaAllah.

Akhir kata dari saya [mewakili pimpinan sesi disember 2011 - april 2012],

"SELAMAT DATANG SAHABAT KAMI! "
"AH LAN WA SAHLAN"
"JOM KITA BERUKHUWAH!"

[wassalam. maaf saya pohon atas kesilapan mahupun keterlanjuran dalam coretan ini. sebarang komen bagi penambahbaikkan amat saya harapkan dari ANDA ;) ]
 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More