Thursday 29 December 2011

Tugas & Tanggungjawab Umat Islam [Bahagian II]





Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang , selawat ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W , salam kepada keluarga baginda , para sahabat-sahabat baginda , para tabiin-tabiin dan alim ulama' serta kepada para da'i serta sahabat-sahabat seperjuangan.

InsyaAllah pada enteri kali ini, ingin dikongsi bersama mengenai

"TANGGUNGJAWAB MANUSIA DICIPTA : "



  • Tanggungjawab manusia adalah menyembah Allah serta beribadat kepadaNya. 
"dan (ingatlah) tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah
dan beribadat kepadaKu"
  (Az-Zariat : 56)
  • Seterusnya tanggungjawab manusia adalah bagi menjalani hidup mengikut Manhaj Rabbani. Manhaj Rabbani adalah cara hidup seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Ianya juga dikenali sebagai Ad-Deen. Kehidupan mengikut manhaj rabbani adalah sebuah kehidupan yang tidak dicampurkan dengan kebatilan.

    “Barang siapa yang mencari selain daripada agama Islam , Maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi ”                                                                                                      (Ali-Imran : 85)

  •  Dan tanggungjawab kita dicipta untuk memberikan wala’(taat) dan thiqah(percaya) kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta orang-orang Mukmin. Kerana orang-orang mukminlah saudara serta sahabat yang akan membantu kita di dalam kesusahan selain Allah dan RasulNya.
 “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah , RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat , dan mereka tunduk (kepada Allah)”                                                                                    (Al-Maidah : 55)

Tanggungjawab dan tugas adalah perkara yang berbeza. Ramai orang menyangka Tanggungjawab dan tugas adalah benda yang sama sedang ianya berbeza sama sekali. Tanggungjawab adalah “kerja yang harus kita lakukan”manakala tugas adalah “misi yang perlu kita laksanakan”.


 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More